Sinopsis Malang Si Puteri

Mengisahkan Puteri yang bernasib malang dalam mengejar cinta sehingga dia terpaksa melalui satu insiden malang yang membawa hidupnya ke dalam penjara.

Kehidupan Puteri akan berakhir di tali gantung sekiranya dia terbukti bersalah. Kemudiannya muncul seorang peguam secara pro bono cuba menyelamatkan Puteri. Dari situ Puteri mula bercerita kisah malang dalam hidupnya dan kenapa dia akhirnya dipenjarakan di bilik akhir.